Thursday, February 5, 2009

KITA BERJUMPA LAGI

Pejam celik dah 3 bulan aku di tanah KSA ni macam2 pahit dan suka telah aku telan tapi sampai sakrg masih steady alhamdulillah.Kalau di izinkan bulan march ini aku akan pulang ke tanah tumpah darah ku,harap smuanya berjalan lancar.


5 feb 2009 adalah hari perjumpaan KRMJ sekali lagi.tapi kali ini lebih meriah krna skrg sudah smakin ramai rakyat malaysia di jubail ini.Macam2 activiti telah dijalankan dari jam 1300hrs hingga jam 2000hrs.Terima kasih penganjur.




Cuba lihat ramai tu rakyat Ma'sia Jubail macam tak muat camera aku, tu ramai lagi tak masuk bergambar lagi tu.



Ramai tu rakyat Titan kat Jubail ni ,hidup Titan.



Ni dia tukang masak dan paling banyak makan .Oleh krna paling banyak makan jadi aku masuk gmbar mereka ini.



Brother Aris kita ni makan tak abis2.




BRO Tamrin tu pegang aje bola spalding tapi tak main pun gasak melantak aje.




Borak2 main bola,volly ball solat pun dah acara malam lepas maghrib ada mesyurat agong diadakan utk bincang program seterusnya.


Abis meeting kita makan lagi,kali ni beriani kambing beb siap kepala lagi.



Sampai licin makan beb jangan ko makan gigi kambing sudah.




Dah tak larat bang lepak kat luar ajelah berborak.

Wednesday, January 7, 2009

WELCOME MY FRIEND TO KSA

Hai lama betul aku tak update blog ni, rasa macam malas aje .Tapi untuk peminat2 yg mengikuti blog ni akan tetap aku teruskan.


Makin hari makin ramai rakyat m'sia kat jubail skrg ni, apa tak nya utk saudi kayan aje dah hampir 80 orgU jumlah penduduk m'sia kat jubail ini. Tak lah ramai sangat rkyat m'sia kat sini cuma ada kurang lebih 100 org sahaja. Dijangkakan jan ini makin ramai rkyat m'sia akan tiba.


Cuaca??? sejuk sampai sumsum tulang beb kalau pagi nak gi keja tu adalah dalam 6 deg c peh sejuk gila tu ,mcm2 PPE diperlukan snow cap, glove tebal klau glove nipis tu buang ajelah,mufler ears cover , long john (inner ) macam2lah cara kalau nak tahan sejuk, seksa baik lagi kat m'sia . Ramai kwn2 kita yg baru dtg dmam teruk, nasib korangla.




Ramai lagi ni sebenarnya tak muat camera, satu kedai turkistan al-bokhari ditakluki rakyat m'sia .Pening kpala pak arab tengok org m'sia punyala ramai.





Slamt datang ke KSA untuk kwn2 yg baru tiba,senyum belaka maklumla lama tk jmpa.




Datang lagi kwn2 lama dari Titan Tanjung Langsat,ramai dah kat KSA ni dari Titan Tg Langsat sahaja dah ada lebih kurang 16 org tu tk trmasuk xxxx Titan TG langsat tu.Uncle Omar baru sampai cayalah mcm tk caya je dia boleh sampai sini.




Lagi geng Titan ,wah meriah beb ,smt dtg smuanya.



Gembira sungguh muka kwn2 kita jngan nnti tinggal sorng2 nangis sudah.

Wednesday, December 17, 2008

Jubail KSA

Lama dah aku tak update blog aku.... penat keja ? tkdala saja penuh kan actvty setiap hati. For u info bandar jubail ni besar sbnarnya, smpai skrg walaupun 1 bulan kat sini masih ada 90% lagi tmpat yg aku tak gi. Kalau nak dikatakn moden tu tkdalah tapi mcm2 ada. Bank ada mcm2 jenis, KFC , Mcdonald, pizza, steak, kebab, shopping centre smua ada.

Utk actvty masa lapang kat sini ada padang bola yg berumput dan yg tidak pun ada. klau kwn2 nk dtg blh la bwk ksut bola. Table snooker pun ada, Gym utk bina badan pun ada,besar gila gym dia cukup mechine utk masuk mr universe. Nak mancing pun boleh nak main cricket pun blh ya tk tipu tapi ko main dgn kwn2 dari india la .

Tapi yg paling best skali Al-Qobah, apa tu ?? ha ni la tmpat utk mghabiskan duit gaji ko org yg banyak tu,boleh pokai dibuatnya. Actually Al-Qobah tu adalah bandar besar brdekatan dgn Jubail city tak jauh 1jam prjalanan menaiki toyota camry atau honda accord aje. Disini ada pelbagai shopping centre utk dilawati. Shopping centre ala ala pavilian KL, barang smua yg brand aje kalau butik levi's ni tak jumpa beb. Kat Al- Qobah ada opensikit jadi blh la tngok2 muka minah2 arab . Kat Qobah juga ada kedai makan malaysia nama dia malaysian kitchen, kat sini ada menjual plbagai makanan malaysia sperti nasi gorg kmpung ,pataya,paprix,sup ekor pun ada.... bayang kan smpai kat arab aku makan sup ekor pehh...blh tahan masakan dia.

Klau nak best lagi Ambil pasport dary GR department Ke Kingdom Of Bahrin lah kita. Tak jauh 1 jam 30 mn aje dari Jubail city . Bahrin lagi la open country walaupun dkat dgn KSA . Jadi disini Alhamdulillah smuanya sihat dan enjoy.




Amacam hensome tak ni la uniform utk pergi berjemaah di masjid dkat je dari rumah lbih krg 200 meter dari appartment aku tiggal jadi makin rajin la aku berjemaah Alhamdulillah.




Geng2 Slumbejer di maysian kitchen Al-Qobah.


Sungguh indah pemandangan di pantai Al-Qobah.



Tu dia nasa goreng kampung,telur,cili,teh tari gelas besar SR26 aje.



Ni dia padang bola yg tidak berumput aku maksudkan cantikkan??? ok la tu dari takde.



Lihatlah ramainya rakyat Saudi Kayan di jubail insyaALLAH ramai lagi yg akan menyusul kita sama2 doakan mrka smua gembira.

Sunday, November 30, 2008

WEAKEND

Pejam celik aku dah 3 miggu dekat KSA ini. Ni aku nak cita sikit aktivity aku dua hari cuti kat sini. Kat KSA ni kalau cuti hari khamis dgn jumaat biasalah negara islam . Pagi khamis kat jubail ni ada main bola,biasalah campur dgn budak indonesia ramai skali playernya ,dua padang tu .Jadi utk kwn2 yg dtg kat sini nnti bolehlah bwk kasut bola.






Ni dia player yg bersiap sedia nak pergi main bola pukul 0600am .kat sini subuh pkl 0430am klau pkl 0530am tu mcm pkl 0700am kat malaysia dah. Mcm nak gi kutub utara aje????,
Ha klau nak tau kat sin pagi temp kat jubail ni 15 degc tgh hari 27 degc mlm 20 degc buat masa nila klau bulan depan lagi la extrem. mengikut kata pak arab last year kat jubail temp drop to -1 degc ,fuyoooo jadi utk kwn2 yg nak dtg next mont get prepare.



Tu dia kwn kita encik Moktar yg sdg masak daging unta kari sweet sour.




Dah penat main bola apalagi balik rumah masak la perut dah kosong maka wujudla chef2 dan resipinya. Walau macmmanapun rasanya sebat ajelah sapa lagi nak masakkan. Kalau dulu bini kau org masak kau duduk tngok tv aje skrg padan muka masak air pun hangus.










Zuraili diterbangkan khas dari yanbu utk manyambut kami di jubail. Ewah takda lah dia ada kerja kat sini jadi kami smua berkumpul utk menyambut diala apa lagi tradisi arab malamnya makan nasi mandi al-bokhari lauk aym sedapnya masyaAllah. Mcm2 dibualkan selama 2 hari lain kali kami pula yang akan kesana berjumpa kwn2 insyaAllah.

Sunday, November 23, 2008

RUMAH BARU


Minggu ni aku dah berpindah ke rumah baru aku di jubail city . Aku duduk di al-bahar transit house hanya 10 hari sahaja walaupun di beri tempoh 1 bulan . Susah krna di al-bahar jauh dari kedai utk kita membeli keperluan. Cantik pemandangan di al-bahar tapi itu semua adalah kenangan di KSA. Rumah yg aku duduk skrg ni apartment 2 bilik sewa 5 orang aku, ah chong, hafiz , james & ahmad zaki. Sewa bolehla tahan SR4250 utk 1 bulan siap api, air, full furnish & wifi .Kat sini boleh sewa byr bulan2 ,3 bulan ,6 bulan ,1 thn pun ada ikut kmampuan ko la klau bnyak duit byr 10 thn pun boleh. Trima kasi pada brother din taufiq dan kwn2 yg lain krna banyak mmbantu kami.




amacam cantik tak rmah aku???







Inilah pemandangan kat dpn rumah aku amcm cantiktak??? tak jauh jalan 50 meter aje.





Tu dia kawan kita Haswadi sedang skype sambil tersenyum.





Hafiz & ahmat zaki sedang menonton tv arab lepas balik keja ada air-con lagi tu

Friday, November 21, 2008

MALAYSIAN JUBAIL GATHERING



20 NOV adalah hari ke 10 aku berada di KSA semuanya alhamdulillah. tarikh ini juga adalah hari perjumpaan rakyat malaysia di jubail. Ramai rupanya rakyat malaysia di jubail ini ada lebih kurang 50 org yg hadir blum termasuk keluarga masing2.





Tu dia ada ramai lagi ingat nk brgmbar skali tpi tak muat plk kamerani tngok keceriaan muka mrka.





Azhar petir x titan lama tak jumpa akhirnya jumpa di KSA.



Li hat la kemeriahan suasana ramainya rakyat malaysia dapat aku brknalan dng ramai kawan baru.

Wednesday, November 19, 2008

HARI YANG DINANTI TELAHPUN TIBA



Hari yang dinanti telahpun tiba 10 NOV 2008 adalah hari yg cikup bersejarah buat aku krna hari itu adalah hari dimana aku akan meninggalkan keluargaku utk bkerja di KSA. Aku ,Hafiz , Ah cong ditemani bahar di Senai airport pada jam 0600am waktu malaysia . nampak macam sedih aje muka masing2. Terus terang aku cakap memang sedih beb nak tinggalkan keluarga hanya tuhan ajelah yg tahu mcm mana. walaupun sedih gua tetap control manchoo beb .





Amacam hensem tak , semua gaya mcm ala ala travelerdah tak sabar2 nak tinggalkan malysia.
Ini adalah parajurit2 yg akan berjuang ke tanah KSA . Kawan2 aku dari Titan Petchem (M) sdn bhd yang sama2 berjuang selama 10 tahun di Titan. Masing2 bersiap sedia untuk berlepasdari KLIA ke Kingdom Of Bahrin pada jam 1040am waktu malaysia.







Ini dia gambar budak2 yang jakun tak pernah naik kapal terbang





Jauh tu aku terbang kematu bontot aku 8 jam dlm flight ko tengokla sendiri map g aku snap ni.





Ha ni dia aku terbang tingggi melangit mcm tk caya je.






Jam 1830pm wktu malaysia 1330pm jam Arab kami smua sampai di tanah Kingdom of Bahrin. Ini adalah gmbar masa kat airport bahrin semua org ada 18 org . Alhamdulilah smua selamat tiba .









Apalagi 6 jam nak tggu flight dari bahrin ke damam makanlah bramai2 brsama kwn2 baru di bahrin mkn mc donald ajelah. Pengsan brg mahal gila convert duit kali 10 tu mkn burger BD 2.3 ha ko kira la sndiri brpa air segelas moktar belanja BD 0.80 murahje tapi lu pikir la sendiri.




2040pm jam arab maka tibalah masa berangkat ke Damam setelah penat menunggu.



Maka secara sahnya jam 1000pm jam arab 0300am jam malaysia kami smua tiba di KSA.Macam2 masalah perlu ditempuh selama 3 jam beratur di imegresen arab baru lepas mcm nak mmpus menunggu. Jam 0030 jam arab 0530am jam malysia kami brgerak ke transit house. Singgah makan lpastu terus sampai rumah jam 0200am jam arab 0600am jam malaysia peh lepak tu besok jam1000am dah nak kena report duty. Sabar ajela sebab ni yg aku mintak nah ambik ko, jadi utk kawn2 yg nak ke KSA so get ready la.