Sunday, November 30, 2008

WEAKEND

Pejam celik aku dah 3 miggu dekat KSA ini. Ni aku nak cita sikit aktivity aku dua hari cuti kat sini. Kat KSA ni kalau cuti hari khamis dgn jumaat biasalah negara islam . Pagi khamis kat jubail ni ada main bola,biasalah campur dgn budak indonesia ramai skali playernya ,dua padang tu .Jadi utk kwn2 yg dtg kat sini nnti bolehlah bwk kasut bola.






Ni dia player yg bersiap sedia nak pergi main bola pukul 0600am .kat sini subuh pkl 0430am klau pkl 0530am tu mcm pkl 0700am kat malaysia dah. Mcm nak gi kutub utara aje????,
Ha klau nak tau kat sin pagi temp kat jubail ni 15 degc tgh hari 27 degc mlm 20 degc buat masa nila klau bulan depan lagi la extrem. mengikut kata pak arab last year kat jubail temp drop to -1 degc ,fuyoooo jadi utk kwn2 yg nak dtg next mont get prepare.



Tu dia kwn kita encik Moktar yg sdg masak daging unta kari sweet sour.




Dah penat main bola apalagi balik rumah masak la perut dah kosong maka wujudla chef2 dan resipinya. Walau macmmanapun rasanya sebat ajelah sapa lagi nak masakkan. Kalau dulu bini kau org masak kau duduk tngok tv aje skrg padan muka masak air pun hangus.










Zuraili diterbangkan khas dari yanbu utk manyambut kami di jubail. Ewah takda lah dia ada kerja kat sini jadi kami smua berkumpul utk menyambut diala apa lagi tradisi arab malamnya makan nasi mandi al-bokhari lauk aym sedapnya masyaAllah. Mcm2 dibualkan selama 2 hari lain kali kami pula yang akan kesana berjumpa kwn2 insyaAllah.

Sunday, November 23, 2008

RUMAH BARU


Minggu ni aku dah berpindah ke rumah baru aku di jubail city . Aku duduk di al-bahar transit house hanya 10 hari sahaja walaupun di beri tempoh 1 bulan . Susah krna di al-bahar jauh dari kedai utk kita membeli keperluan. Cantik pemandangan di al-bahar tapi itu semua adalah kenangan di KSA. Rumah yg aku duduk skrg ni apartment 2 bilik sewa 5 orang aku, ah chong, hafiz , james & ahmad zaki. Sewa bolehla tahan SR4250 utk 1 bulan siap api, air, full furnish & wifi .Kat sini boleh sewa byr bulan2 ,3 bulan ,6 bulan ,1 thn pun ada ikut kmampuan ko la klau bnyak duit byr 10 thn pun boleh. Trima kasi pada brother din taufiq dan kwn2 yg lain krna banyak mmbantu kami.




amacam cantik tak rmah aku???







Inilah pemandangan kat dpn rumah aku amcm cantiktak??? tak jauh jalan 50 meter aje.





Tu dia kawan kita Haswadi sedang skype sambil tersenyum.





Hafiz & ahmat zaki sedang menonton tv arab lepas balik keja ada air-con lagi tu

Friday, November 21, 2008

MALAYSIAN JUBAIL GATHERING



20 NOV adalah hari ke 10 aku berada di KSA semuanya alhamdulillah. tarikh ini juga adalah hari perjumpaan rakyat malaysia di jubail. Ramai rupanya rakyat malaysia di jubail ini ada lebih kurang 50 org yg hadir blum termasuk keluarga masing2.





Tu dia ada ramai lagi ingat nk brgmbar skali tpi tak muat plk kamerani tngok keceriaan muka mrka.





Azhar petir x titan lama tak jumpa akhirnya jumpa di KSA.



Li hat la kemeriahan suasana ramainya rakyat malaysia dapat aku brknalan dng ramai kawan baru.

Wednesday, November 19, 2008

HARI YANG DINANTI TELAHPUN TIBA



Hari yang dinanti telahpun tiba 10 NOV 2008 adalah hari yg cikup bersejarah buat aku krna hari itu adalah hari dimana aku akan meninggalkan keluargaku utk bkerja di KSA. Aku ,Hafiz , Ah cong ditemani bahar di Senai airport pada jam 0600am waktu malaysia . nampak macam sedih aje muka masing2. Terus terang aku cakap memang sedih beb nak tinggalkan keluarga hanya tuhan ajelah yg tahu mcm mana. walaupun sedih gua tetap control manchoo beb .





Amacam hensem tak , semua gaya mcm ala ala travelerdah tak sabar2 nak tinggalkan malysia.
Ini adalah parajurit2 yg akan berjuang ke tanah KSA . Kawan2 aku dari Titan Petchem (M) sdn bhd yang sama2 berjuang selama 10 tahun di Titan. Masing2 bersiap sedia untuk berlepasdari KLIA ke Kingdom Of Bahrin pada jam 1040am waktu malaysia.







Ini dia gambar budak2 yang jakun tak pernah naik kapal terbang





Jauh tu aku terbang kematu bontot aku 8 jam dlm flight ko tengokla sendiri map g aku snap ni.





Ha ni dia aku terbang tingggi melangit mcm tk caya je.






Jam 1830pm wktu malaysia 1330pm jam Arab kami smua sampai di tanah Kingdom of Bahrin. Ini adalah gmbar masa kat airport bahrin semua org ada 18 org . Alhamdulilah smua selamat tiba .









Apalagi 6 jam nak tggu flight dari bahrin ke damam makanlah bramai2 brsama kwn2 baru di bahrin mkn mc donald ajelah. Pengsan brg mahal gila convert duit kali 10 tu mkn burger BD 2.3 ha ko kira la sndiri brpa air segelas moktar belanja BD 0.80 murahje tapi lu pikir la sendiri.




2040pm jam arab maka tibalah masa berangkat ke Damam setelah penat menunggu.



Maka secara sahnya jam 1000pm jam arab 0300am jam malaysia kami smua tiba di KSA.Macam2 masalah perlu ditempuh selama 3 jam beratur di imegresen arab baru lepas mcm nak mmpus menunggu. Jam 0030 jam arab 0530am jam malysia kami brgerak ke transit house. Singgah makan lpastu terus sampai rumah jam 0200am jam arab 0600am jam malaysia peh lepak tu besok jam1000am dah nak kena report duty. Sabar ajela sebab ni yg aku mintak nah ambik ko, jadi utk kawn2 yg nak ke KSA so get ready la.

Saturday, November 8, 2008

Bercuti sebelum berangkat



6 nov 2008 aku dan family aku pergi bercuti ke port dickson tiara beach resort ,cntk tmpatnya , mcm2 facility ada , tkkn aku nk ceritakan pergila sendiri hahaha... aku menghabiskan masa 3hari kat sana .hari ke 2 aku gi KL jln & ziarah adek aku , jauh?? mana ada jauh PD ke KL 45 min aje jadi KL la kita.




Tengok tu gelagat anak2 ku nampak macam happy tak???. Tula aku dah cakap resort ni macam2 ada.


Tu dia gambar pemandangan resort . Aku harap anak2 dan isteri aku gembira sebelum pemergianku

Thursday, November 6, 2008

LEAVING MALAYSIA

Titan Petchem (M) Sdn Bhd, kalau di sebut nama company ni.. macam2 kenangan aku kat sana.. maklumlah 10 thn kerja katakan... daripada tanah merah, satu piling pun tak ada... sampailah boleh runnning 31 ton/hr. Kawan2 byk bagi semagat utk aku maju ke depan, terima kasih dan maafkan aku kalau ada silap selama ini. Walau macam manapun 10 thn punya kenangan akan tetap bersemadi dalam jiwaku ini.

6 November 2008 tinggal lagi 4 hari utk aku meninggalkan m'sia, keluargaku, anakku, isteriku, ibuku dan semua org yg amat aku cintai. 10 November 2008, adalah tarikh dimana bermulanya perubahan besar di dalam hidup aku. Aku akan di jadualkan berangkat & bekerja di Saudi Arabia bermula dari tarikh kermat ini. Pejam celik - pejam celik akhirnya tiba jua tarikh yg di nanti2. Byk benda yg bermain dalam kepala otak aku ni. Macam2 aku fikirkan tak payahlah aku nak sebut satu2, sebak rasa hati ni, jika di ingat2 ape yg akan terjadi pada anak bini aku dan mak aku yg asyik sakit lutut aje, jika aku tak ada.